Tuesday, December 14, 2010

Sakitnye...!!!!!


Panas je hati aku ari nie...
Geram betul aku dengan sorng minah nie..
Orang cakap orangnye sopan...
Tapi aku tengok tadi sopan apanye, tergedik-gedik adalah....
Yang x boleh blah tue kan, wah siap bersolek seh..
"Adik org g kerja smpat lg bersolek, x takut muka rosak ke...kamu tue bukan keje kat office tp kilang...." nak je aku cakap camtue, tapi nasib bek aku dpt kwl diri nie lagi...
Dah lah potong line je bile aku cakap dengan abg ku...
Huish geram betul aku...
Aku terus x endahkan, bek aku keluar..
Lagi lama2 kat situ wat aku panas karang...

* Hati nie macam dipotong di saat itu......!!!

Abg pown satu... Macam nak sembelih je...Macam xde rse bersalah langsung je...
Dah 2 kali aku sakit aty dgnnye.. Tapi aku sabar je...
Aku macam tunggul je kat situ tadi... Pertanyaan ku tdk dijawab n tidk diendahkan je....
Sakitnye hati aku... Macam nak lempang2 je org2 kat situ...
GERAMNYE.....!!!!!!
Rasa2 mulut nie nak menyumpah2 org tp wait Ain, bawa byk bersabar.. X guna ko maki-hamun org, bukannye ko dpt faedah pon... Ko doakan smoga mereka sedar dengan sikap mereka tu..
Maafkan mereka jelah ain.. Ok..!!

Monday, December 13, 2010

bile agaknye???

Bila agknye aku dpt bersamanya...
Dye insan sdh ku aggp sbg abgku...
Tetapi aq merasakn, hatiku berkata TIDAK!!!!
Aq sgt menyayanginye...
Bile tdk dpt melihat wajah nye dalam 1 ary, aq terasa sgt rindu dgnye...
Dah knp dgn aku nie???


Aq sentiasa merinduinye...
Apakah perasaan nie...??





*Insya-Allah suatu ary nnt Ain,
ko pasti akn berjumpa seorg insan yg sgt menyayangi mu...

Alhamdulillah..

Pada tanggal 10/12/2010 result exam keluar...
Ramai pelajar UiTM melihat result msing2...
Ada yg cemerlang, ade yg sederhana dan ade jugak yg teruk...
Jika berusaha pasti ade kejayaan,
bile tidak berusaha pasti tahu ape keputusannye...

Alhamdulillah...
Akhirnye selepas aq melihat result exam aq sem 3..
Ade peningkatan...
Dulu bawah 2.5, sekarang atasnye...
Yang penting aq ade peningkatan..
Yang penting aq lulus semua...
Benda aku paling takut adelah subjek CALCULUS..
Akhirnya lulus walaupun tdklah cemerlang sgt pown...
Dari E ke C+..
Sem depan jumpa plak Calculus 3....
Wow semakin gerun...
Makin takut....
JAVA aq lulus...
Thanks bagi aku cinta dengan kau...

Aq mendpt result nie, aku terus menjerit menyebut nama
"ayah, ayah, ayah......."
Dengan tidak sempat aq terus telefon ibu ku...
Menangis-nangis aq..
Mana x nye, dr tmpt keje kwn2 ku berkata rmai fail calculus...
Aq xnk mcm tue...
Tp alhamdulillah aku berjaya...

*tersenyum seperti kucing comel ini..

Sekarang aku perlu pandang ke depan...
Sem 4 telah makin ingin menjengah aq...
Aq perlu byk wat persiapan...
Sem 4 aq jumpa ko tahun depan 2011....

Tuesday, November 16, 2010

BaHaGiA SeLaMaNyA.... :)

Pada tanggal 16/11/2010, aku berjumpa
balik org yg aq sgt rindu sgt2...
Spe tue agknye ea??

Seorang insan yg aku knl lama,
bila jumpa balik,
hati ku berDEBAR2..
Aku bertny knp dengan hati ku ini,
mngapa kau berdebar2??
maybe rse bhgia dpt berjumpa dgnnya..

Argh!!!!
Aku sangat merinduimu...
Aku bagaikan ingin menjerit tetapi tdk tahu
dimana harus ku jerit...
Aku x dpt lwn perasaan nie...
APA HARUS AKU LAKUKAN!!!?

Saturday, November 13, 2010

First Person

Tak pernah-pernah blogger aq ni ade org follow..
Skang da de org follow..
Tu pun aq gtaw..
Tapi dalam banyak-banyak kawan aku hanya sorg insan nie sahaja jadi first person follower
aq...huhuhu..

Tapi sebelum tu aq nak bagitau ciri-ciri org nie..
Org tua setahun dengan aku..
Lelaki ke Perempuan??
Cuba teka.....

Jawapannya perempuan..
Orgnya sangat care pasal aku..
Dia roomate aku sem JUL - NOV 2010 di UiTM..

Namanya Nur Anis Salwani Rosly..
Nickname kak ANis..
Lahir 16 Mei 1990..
Orgnya 1 negeri dgn aq tp laen daerah..
Daerahnya Muar..
Roomate Kolej Si Manja Kini (SMK) bilik 217b...

*p/s : pic mse g dinner COMPASS..yang pakai selendang merah..


Cantik x orgnya??
Kalau cantik bleh berknln dengan akak saya nie..
boleh bilang sama saya...

Kak Anis TAHNIAH jadi orang paling 1st di blog ain..huhuhu..

Wednesday, November 10, 2010

Paper Paper Paper

Bilalah aku nak habis paper nie..
Dah x sabar aku nk balik..
kawan2 aku dah balik..
Bestnya korang..
Setiap hari aku menunggu hari ahad untuk balik rumah..
Ahad ini paper ECO120.
Selamat jumpa eco..


Apa itu eco?
Eco terbahagi kepada 2 iaitu Microeconomic dan Macroeconomic.
Micro ini adalah eknomi yang kecil hanya berlaku didalam negara itu sendiri.
Makro adalah ekonomi yang sangat besar dan juga berlaku di luar negara.
Berlakunya eksport import..


Hah nanti ada pengiraan dalam ekonomi.
Nanti nak tahu sama ada elastic atu tidak..
Macam-macam kena cari..
Nanti juga ada National income dan macam-macam lagi..
Harap-harap lulus nanti paper aku..

Sunday, November 7, 2010

RENUNG-RENUNGKAN...

Wanita yang Menutup Aurat itu Indah seperti Emas Permata


Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''

manakah yang lebih mulia?

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~

sumber: http://kalamkhalifah.blogspot.com/



;. KISAH INI SAYA DAPAT DARI FACEBOOK..MARILAH KITA SAMA-SAMa RENUNG-RENUNGKAN DAN HAYATINYA..

Saturday, October 30, 2010

fiNaL eXaM

Setiap kali datangnya FINAL EXAM pasti semua pelajar akan gerun mendengarnya.. Coz ia memberi kita harapan dan juga beri kebelakang...faham-faham sendiri lah kalau lain tak bukan kena repeat balik..Bila dah kena repeat memang sakit wa cakap lu...Lagi-lagi kalau repeat subjek mengira memang sakit nak jumpa balik tue..


Masing-masing akan mempunyai mood yang sangat tension gila-gila... Mana nak baca buku, mana nya nak kemas bilik yang macam tongkang pecah dan macam-macam lagi lah senang citer.
Lagi 2 week aku habis final...tinggal 3 paper lagi..yang paling gerun paper akan datang nie iaitu paper CALCULUS yang aku cintai...ayat aku memang tak boleh blah..hahahaa...

Friday, September 17, 2010

Lawatan ke UUM, Kedah

Malam nie aku akan bergerak ke Kedah jam 9.30 malam.. Aktiviti nie under kelab aku seperti biasa iaitu Kelab Usahawan (Entrepreneur Club). Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak pergi.. Aku nak gi raya dengan kawan-kawan sekolah aku. Tapi apakan daya, tanggungjawab perlu didahulukan. Berdosa aku tak jalankan. Kedah menanti aku dengan sabar yea.. Sebenarnya aku tak sabar nak pergi sana. Nak lihat suasana Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah macam mana. Selalu Cikgu Mariani katakan, UUM tu sangat lawa bila malam. Kawasannya memang tercorok kedalam sedikit.. So ada peluang nie, baik aku pergi daripada kawan2 sekolah aku nak tengok juga.. Kawan2 sorry aku pergi dulu UUM...




Logo Universiti Utara Malaysia, Kedah




Pintu Gerbang UUM, Kedah


Friday, August 27, 2010

Tak sabar rasanya...



Hari ini kelab saia iaitu kelab Usahawan (ETC Club) akan berbuka puasa bersama-sama anak-anak PERNIM atau Pusat Kebajikan Anak-anak Menghidap HIV/Aids Nurul Iman di Cheras.. Tak sabar untuk men explore cara hidup adik-adik ini semua... Mereka semua tidak berdosa, tetapi mengapa semua orang pandang hina kepada mereka ini semua.. Mereka semua tidak minta untuk lahir begini. Kalau boleh, semua orang nak hidup sempurna. Tapi apakan daya, itu semua kurniaan daripada Allah S.W.T.

Tetapi seorang hamba Allah yang mengasas PERNIM ini.. Mulia sungguh hati ibu hajjah.. Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan yang Ibu Hajjah lakukan. Nama diberi PUAN HAJJAH NORLINA..

Tapi bila aku tengok gambar ni, sangat tersentuh aku dibuatnya. Rasa macam dapat rasa apa yang Ibu dapat rasakan keperitan anak-anak Ibu....

Projek ini adalah first projek aku. tak sangka kertas kerja aku diterima. Bahagianya satu, bersyukur pown satu.. Terima kasih EN FAIZUL. Kalau tak kerana en, saya pasti projek saya tidak diterima.. Alhamdulillah.. PUAN MIDAH thanks tolong saya jugak.. Biasalah budak baru belajar buat projek.. Belum ada pengalaman. Sekarang dah ada pengalaman, thanks kepada MISS SITI NORDIYANA BT ISAHAK kerana sudi menolong saya Last Minute!! hehehehe...

PUAN KURSIMAH thanks banyak bagi idea kepada saya.. Saya akan cuba jadi yang terbaik..huhuhu... Tanggungjawab aku belum habis selagi laporan belum buat lagi.. Selama 2 - 3 minggu otak aku diperah untuk pikir r=projek.. Times rehat pown rase lom cukup... Betul-betul rehat masa cuti nanti... Tak sabar nak cuti..

Apakah reaksi adik-adik semua eik?? Kamu gembira tak akak-akak dan abang-abang datang??
Ape impian kamu masa hadapan..?? Akak tak sabar ingin mendengarnya..

For FAHMI yang sangat SENGAL MEMANG MENGAL, aku serik kerja dengan kau... Cukup sekali aku kerja dengan kau. Asyik ingin menarik darah aku je!!!... GERAM betul dengan kau!!!!!! Asyik nak membebel, kalah MAK JoYAH dengan kau...!! Kau tahu aku dah berasap-asap taw. Kau apa tahu, hanya tau nak menang je.. Ko pikir, kau bagus sangat ha?!! Hadi aku tak nak kerja dengan dia lagi... Tak SANGGUP!!

Monday, July 12, 2010

BeRiTa AgAK mEnARiK or SeRaM !!!

Hari nie aq ade perjumapan ETC Club.
Berlaku di

tarikh: 12/7/2010

tempat: LT1

pukul: 8.00pm - 10.30pm

Agenda-agenda pada perjumpaan itu adalah memilih exco-exco baru.. Kiranye mengisi jawatan-jawatan yang dalam kekosongan. Jawatan-jawatan yang kosong adalah:
  1. Naib Presiden
  2. Naib Setiausaha
  3. Naib Bendahari
  4. Exco IT & Publisiti (lelaki)
  5. Exco Keahlian (perempuan)
  6. Sekretariat Keusahawan ( SMK,SAB,Zamrud,Intan,Baiduri,Mutiara,SR n TS)
Itulah jawatan-jawatan yang ditawarkan pada kitaorang...Seperti biase kalau nak pilih mesti berlaku pengundiankan..Btoi x??? Diorang mula dengan Naib Presiden pastu dan seterusnya... Aq telah diundi untuk jawatan Naib Presiden.. Aq diundi oleh ANIOR busuk n giler... HAHAHAHAA....Aq sangat takut..!!!

reaksi takut aku!

Puan Kursimah beritahu sape yang tercalon bagi jawatan ini, beliau nak train kami kalau boleh.. Beliau jugak nak jawatan ini dipegang oleh perempuan sebenarnya.. Tapi aq calon tunggal bagi jawatan nie.. MAK AI!!! Kenapa aku????? xde orang lain ker?? Dahlah puan tny CGPA. Malu aku..

reaksi malu aku!

Coz aq bukan budak pandai pown... Tapi ABANG SHIDEE telah nasihat aku... Dye suruh aq terima cabaran ini.. So aku tlah pikir aq terima jawatan ini dengan tawakal if aku dapatlah... huhuhu... Bile Hadi sruh perkenalkan diri lagi aq telah ucapkan kata-kata begini " Jika saya mendapat jawatan ini, saya akan melakukan dengan sebaik mungkin. Terima Kasih.." Lebih kurang begitu.. So, aq da Fahmi disuruh keluar coz diorang nak undi.. Bila aq masuk, aq dapat tahu aku telah dipilih sebagai NAIB PRESIDEN BARU bagi kelab ETC Club.. Allah Maha Besar... Alhamdulillah... Aq telah pikul satu jawatan yang agak memberatkan.. So, bermula hari ini aku telah pikul satu jawatan dan menjadi orang yang penuh tanggungjawab...

reaksi happy aku!

Sunday, May 23, 2010

Terjawab Juga Akhirnye....

Seperti biasa dalam dunia hiburan ni sering bertukar-tukar rancangan realiti. Berlambak sudah rancangan realiti, dan macam-macam rancangan realiti ni. Ada yang buat rancangan realiti masak-masak, berlakon, pengacara dan macam-macam lagi. Kini yang terbaru sedang berlangsung iaitu Mentor.

MENTOR

Kini satu program yang kini sudah melabur tirainya iaitu Akademi Fantasia 8 pada sabtu yang lalu iaitu 22 Mei 2010.Tapi kenapa pada hari itu konsertnya tidak GEMPAK seperti musim-musim lepas?? Nampak macam biasa sahaja. Tapi sekarang aku tak nak cerita macam mane persembahan itu berlangsung atau keadaannya..


AKADEMI FANTASIA

Terjawab juga akhirnye....

Akhirnya terjawab jugak siapa juara Akademi Fantasia 8. Tahniah Shahir. Anda yang kedua pecah rekod seperti Mawi yang diundi masuk. Seperti kita tahu Shahir nyanyi lagu Biru Mata Hitamku dan lagu singlenya ialah Kebahagaian Dalam Perpisahan. Lagunye boleh tahanlah sedapnya. Dengar cerita orangnya suka mengaji dan beragama. Alhamdulillah.... Paras rupa ada dan bertambah lagi dengan ilmu agama. Beruntungnya siapa yang dapat Shahir ni.


Shahir AF8

Dan kenapa Adira tak Juara? Dia bagus apa. Maybe bukan rezeki Adira untuk bergelar Juara. Tak pe lah Adira kamu tak Juara tapi kamu Naib Juara.. Adira bawa lagu Tiru Macam Saya dan lagu single baru dia Ku Ada Kamu. Masa Adira buat persembahan Adlin Aman Ramlie kata “Inilah persembahan seorang Juara.” Tapi apakan daya Adira hanya meraih tempat ke-2. Adira ni ada kakak yang sama-sama dapat masuk Akademi Fantasia 8 iaitu Ema. Tapi bukan rezeki Ema untuk sampai ke konsert final. Hanya bertahan sampai minggu ke-3.

Adira AF8

Ok sekarang kite bercerita pemenang tempat ke-3. Tempat ketiga seperti kita tahu Daus dapat. Daus comey.. Huhuhu. Aksi Daus masa buat persembahan memang sangat comey. Tapi Daus hanya dapat meraih tempat ketiga sahaja. Tak pe lah Daus if u tak menang dalam ni, maybe diluar u popular suatu hari nanti. Daus bawa lagu Yusry iaitu Doktor Pakar Cinta dan lagu singlenya Kenapa? Wow memang sangat best. Lagunya agak lucu macam Daus. Hihihi... setiap persembahan yang dilakukan pasti ada aksi yang peminat atau penonton akan ingat.dia nie suka buat satu aksi iaitu lompat katak. Kelakarkan dan lucu.. Hihihi....

Daus AF8

Maulana tempat ke-4.. Kenapa ramai tak suka Maulana. Geram aku bila orang-orang ni kutuk Maulana. Tapi apapun Maulana tetap best. Trademark dia “CANTEK”. Hidup orang Johor. Huhuhu.. Masa persembahan, Maulana bawa lagu Susun Silang Kata dan lagu singlenya RSVP. Maulana ni suka lagu kearah JAZZ. Apa-apa lagu yang dia bawa semua dia ubah jadi jazz. Itulah kelebihan dia satu-satunya. Sampaikan Adlin Aman Ramlie cakap dengan Maulana mungkin itulah yang “awak minat selain jenis lagu lain.”

Maulana AF8

Tempat ke-5 adalah Iwan.. Ramai terkejut bila Iwan hanya meraih tempat ke-5. Apa boleh buat iyulah rezeki untuk Iwan. Apa-apa pun tahniah buat Iwan kerana Berjaya sampai ke final. Iwan bawa lagu kumpulan Spider iaitu Relaku Pujuk dan macam yang lain mempunyai lagu single sendiri. Macam Iwan lagu singlenya bertajuk V.I.P. Lagu dia jenis pop rock dan rancak. Persembahan untuk final ni, Iwan potong rambut. Comeynya. Lagi nampak hensem. Iwan ni tua setahun dengan aku dan orang Seremban.

Iwan AF8

Cam biasa selepas habis konsert tu, artis yang buat persembahan ialah bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia 8 yang sudah tersingkir. Selepas tu, bekas pelajar Akademi Fantasia 7 iaitu Akim, Hafiz dan Hou Ren dengan lagu baru tema untuk Brand’s iaitu HEBAT.


Akim, Hafiz, Hou Ren dan yang tidak turut sama buat persembahan itu Aril.




Saturday, May 22, 2010

GERAMNYE..!!!!!!!!!!

Nape orang tak faham aku..WHY?!!!!!!!!!!! Pastu diorang ingat aku marah nie main-main ker... Aku marah betul-betul taw...Iskh kenapa orang tak nak tengok aku senang?!! Asyik nak wat aku marah jer.. Pastue ada ker patut suruh aku back-up pasal benda-benda yang agak tut....... Malas aku nak cakap....Wat aku kusut jerk... Sedangkan kawan yang aq ku anggap baek pon ingat aku marah main-main... Eh, cubalah faham kalau aku cakap aku tengah MARAH.!!!! Si ERY tue yang ko tue asyik nak mengejek aku tue da kenape? Ape salah aku sengal?!! Ape aku dah buat dengan ko hah?!! TAK FAHAM aku dengan ko nie... ERY nie aku nak ceritakan..siapa dye? Dye nie senior pengawas aku masa sekolah dulu.. Dulu bukan main baek sangat dye nie.. Dulu sekolah pakai songkok.. Taw ape tue songkok?


Ni lah songkok yang aku cakapkan bagi sesapa yang x taw..

Si Ery ni dulu pakai songkok.. Ingatkan dye nie baek sangat.. Tapi terlalu baek sangat-sangat.. Menyampah aku..!!!! Sekarang rambut dah berkaler-kaler.. Hah, cakap jer nak warna ape?! Biru, hijau, coklat or ape-ape jer... Semua ade... Jangan risau.. Da cam kedai salon da... Geramlah bile pikir-pikir balik pasal die..





Friday, April 23, 2010

Baru Lepas Bedah Filem "SANTAU..."

Pada petang yang begitu indah nie, aku n roomate aq eika tgk citer yg begitu agak menyeramkan..Uuuhhhhh takutnye....nak taw citer ape kitarg tgk...Citer "SANTAU"...agk scary jugak citer tue..bru ade peluang tgk citer tue...klu x xde mknenye aq tgk citer tue...kecian aq tgk ahli keluarga Halim,kerana nk bini org sanggup pelaku jiran begitu...Ushk agak menakutkan..minta dijauhkan..knp selalunye org melayu suke wat perkara cmnie??!! kenape?? cemburu ngn kelebihan seseorg itu?? bersyukurlah ape yg telah Allah berikan kepada kite... tak baek kite buat org, nnt kite akn menerima balasan yg setimpal ape kite lakukan kpd org itu....arinie aku dpt berite tergempar bg aq shje, bhw kak senior aq diwat org kerana dye pandai..dye pandai or dpt markah lebih disebabkan usahanye sendiri..so jgn jelez ape org dpt...jadikan sbg contoh utk kite lbih berjaye lagi pada mase hadapan..

Monday, February 22, 2010

My NeW bLOgSpOt smbil dgr lagu JUARA GENERASI HEBAT

Mula2 hati nie trgrk xnk wat blogger nie...Coz mlz nk tiap-tiap ari nk tulis kat cnie...Tp arinie hati nie terbuka nk wat blogger pd kul 1.30 a.m. WOW paginye aq wat...mse nie aku nk rilekz kan otak yg bru saje abis ulg kaji CSC128..huhuhu.....Nie pon aq wat coz roomate aq sruh aq wat bende nie.... Kate diorang besh wat blog nie....So aq cuba2 wat bende nie....Saje nk try2 kan diri wat bende nie...
Tapi wat nie aq ngah layan lagu Akim AF7 n Siti Nurhaliza.......aku minat diorang nie....so baek aku layan lagu diorang nie.....hahahaha............