Friday, June 20, 2014

Assalamualaikum..
Perasaan suka, sayang, cinta dan semuanya lahir kerana Allah.
Kadang-kadang ianya boleh membawa kita lalai melayan perasaan itu. Sampai kehidupan seharian kita semuanya serba tak kena. Semuanya kerana apa, kerana kita terlalu asyik melayan perasaan. Kita lupa tanggungjawab kita kepada sepatutnya kita lakukan.
Sepatutnya perasaan sayang harus diutamakan kepada ibubapa, Rasulullah, Allah dan bagi yang sudah berkahwin iaitu sayang kepada suami atau isteri.
Kasih sayang kepada ibu bapa memang tidak boleh kita bayar dengan nilai. Kerana mereka telah menjaga kita semenjak kita lahir hingga sekarang. Lagi-lagi anak perempuan. Dosa pahala masih ditanggung oleh ayahnya selagi dia tidak berkahwin. Mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Kita sakit mereka jaga. Tapi sekarang apabila kita sudah meningkat remaja, dewasa dan sebagainya, kenapa melupakan kasih sayang kepada ibu dan ayah. Ibu ayah tidak sanggup memukul kita atau mereka pukul kita juga ada sebab. Sebab mereka mengajar kita supaya nanti apabila di tempat orang kita tahu menjaga tingkah laku kita.

Cuba kita bayangkan, kita baru lepas SPM, dapat tawaran belajar. Dapat duduk di kolej. Kita berkongsi bilik dengan orang lain. Jika tidak bernasib baik mungkin kita akan sebilik dengan orang yang tidak tahu menjaga kebersihan diri. Bilik kita akan Nampak kotornya. Lepas tu cuba bayangkan ada orang lain datang tengok bilik kita. Masya-Allah tak terperanjat orang tu. Mesti lepas keluar dari bilik kita mereka akan berkata,”si A ni tak reti nak kemas bilik dia ke? Bela tikus agaknya. Geli seh aku..ee..!!”

Hah nak ke korang macam tu, begitu juga bila kita sewa rumah. Tak kira dimana kita berada kita akan tahu menjaga kebersihan, memasak dan sebagainya. Ada guna ibu bapa kita marah sekarang dan juga menyuruh kita lakukan perkara yang mereka ajarkan. Dari situ ibu ayah kita sudah mendidik menjaga kebersihan, memasak dan sebagainya.

“Jangan hanya tahu melawa sahaja, tapi satu apa kau tak tahu.” Itulah  ayat ibu dan ayah aku berikan. Walaupun mereka suka membebel, tapi bebelan itu sangat bernilai. Mengajar aku supaya tahu membuat sesuatu perkara tanpa meminta pertolongan selagi kita mampu.
Sekian… ^_^


x