Tuesday, November 16, 2010

BaHaGiA SeLaMaNyA.... :)

Pada tanggal 16/11/2010, aku berjumpa
balik org yg aq sgt rindu sgt2...
Spe tue agknye ea??

Seorang insan yg aku knl lama,
bila jumpa balik,
hati ku berDEBAR2..
Aku bertny knp dengan hati ku ini,
mngapa kau berdebar2??
maybe rse bhgia dpt berjumpa dgnnya..

Argh!!!!
Aku sangat merinduimu...
Aku bagaikan ingin menjerit tetapi tdk tahu
dimana harus ku jerit...
Aku x dpt lwn perasaan nie...
APA HARUS AKU LAKUKAN!!!?

Saturday, November 13, 2010

First Person

Tak pernah-pernah blogger aq ni ade org follow..
Skang da de org follow..
Tu pun aq gtaw..
Tapi dalam banyak-banyak kawan aku hanya sorg insan nie sahaja jadi first person follower
aq...huhuhu..

Tapi sebelum tu aq nak bagitau ciri-ciri org nie..
Org tua setahun dengan aku..
Lelaki ke Perempuan??
Cuba teka.....

Jawapannya perempuan..
Orgnya sangat care pasal aku..
Dia roomate aku sem JUL - NOV 2010 di UiTM..

Namanya Nur Anis Salwani Rosly..
Nickname kak ANis..
Lahir 16 Mei 1990..
Orgnya 1 negeri dgn aq tp laen daerah..
Daerahnya Muar..
Roomate Kolej Si Manja Kini (SMK) bilik 217b...

*p/s : pic mse g dinner COMPASS..yang pakai selendang merah..


Cantik x orgnya??
Kalau cantik bleh berknln dengan akak saya nie..
boleh bilang sama saya...

Kak Anis TAHNIAH jadi orang paling 1st di blog ain..huhuhu..

Wednesday, November 10, 2010

Paper Paper Paper

Bilalah aku nak habis paper nie..
Dah x sabar aku nk balik..
kawan2 aku dah balik..
Bestnya korang..
Setiap hari aku menunggu hari ahad untuk balik rumah..
Ahad ini paper ECO120.
Selamat jumpa eco..


Apa itu eco?
Eco terbahagi kepada 2 iaitu Microeconomic dan Macroeconomic.
Micro ini adalah eknomi yang kecil hanya berlaku didalam negara itu sendiri.
Makro adalah ekonomi yang sangat besar dan juga berlaku di luar negara.
Berlakunya eksport import..


Hah nanti ada pengiraan dalam ekonomi.
Nanti nak tahu sama ada elastic atu tidak..
Macam-macam kena cari..
Nanti juga ada National income dan macam-macam lagi..
Harap-harap lulus nanti paper aku..

Sunday, November 7, 2010

RENUNG-RENUNGKAN...

Wanita yang Menutup Aurat itu Indah seperti Emas Permata


Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''

manakah yang lebih mulia?

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~

sumber: http://kalamkhalifah.blogspot.com/



;. KISAH INI SAYA DAPAT DARI FACEBOOK..MARILAH KITA SAMA-SAMa RENUNG-RENUNGKAN DAN HAYATINYA..