Monday, November 14, 2011

Datang Tanpa di Duga

dia hadir dalam hidup aku tanpa di duga.
aku bersyukur kepada ALLAH
kerana dia sayang dan suka aku bukan kerana rupa
tetapi kerana keperibadian aku...
Alhamdulillah.. :)
terima kasih awak...

Tuesday, October 25, 2011

Papa Supervisor yg best.. ^_^

uish dh lama x tulis blog nie kan kan...
bukan apenye...kadang-kadang nk tulis tue malas skit...
skit je bkn byk k...haha..

ok..

kali nie aku nak cite pasal PAPA SUPERVISOR tersayang aku...
walaupun dia seorang berbangsa cina, tp dia tersangat lah best...
buat aku bertambah sayang kat dia...
( geli nye aku ckp mcm nie...tulah hakikatnye ain...wakakaka.. ^_- )
tempat aku keje tue tempat mak aku keje jugak...
kilang tue diberi nama
YEH BROTHERS DEVELOPMENT WOODS SDN. BHD..
ini kali ketiga aku keje kat situ..
kali pertama aku dikenakan tempat stor...
kali kedua aku ditempatkan Line C...
kali ketiga aku berbalik ke STOR pulak..
so di cnie ingin saya menyatakan saya dah 2 KALI bersama PAPA SUPERVISOR saya...gumbiranye hati ku..hehe...
Papa saya nie orgnye sangat pendiam, tp klu dia x bertegur spe dgn org len 1 ary tue mknenye mood x beklah tue...
jgn dikacaunye...
DANGER !!!!
ok 1st time ssah aku nk dgr sore dia apatah lagi dgr dia sebut namaku 'AIN'.. mmg susah...
tp utk kali ketiga aku keje nie wat aku bertambah-tambah hepi adlh...
dia dh mula sbut nama aku n pndai bergurau dgn aku...
dulu bkn main tkut aku nk bergurau dgn dia..
skunk tdk lagi..
nie yg buat aku bertamabh sayang kat papa cina aku..
bila tgk dia senyum n bersore sdah cukup utk aku tersenyum lebar...


lagi satu, kebiasaan bagi org cina mempunyai sepasang mata yg sepet..
susah sekali bila kita nk tgk diorg bukak mata besar2 kn kn..


*lebih kurang mcm nie..hihi..


btol x ckp aku..??

dia akn buka mata bulat-bulat bila keadaan yg menyuruh dia buka mata besar-besar...
haha..


comellah papa saya...
huhu..


papa saya nie dh kawin dh...
dgr citer isterinye dkt sarawak...
ntah btol ke tidak aku mmg x taw..
ade anak bape org pown aku x amik port..
tp papa saya mmg de'BEST..!!
ok nama papa supervisor cina saya adalah MR PANG...
Papa Pang kamu mmg best sgt2...
sye mmg sayang kamu papa...
WOW !!!
bestnye ade papa cina...
hehe..
suke suke suke...
^____^

Wednesday, October 5, 2011

Fadilat Surah



‎10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW


SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semoga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.


Thursday, September 29, 2011

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.


Salam Ukhuwah..~

Thursday, September 15, 2011

Wajib Baca kalau nk taw...!! ^^p

10 Petanda Dia Jodoh Kita


alt

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, September 8, 2011

DREAM HIGH



Saya mempunyai impian yang sangat tinggi.
Saya ingin capai impian itu.
Saya juga perlu mempunyai cita-cita untuk menyenangkan saya untuk masa depan.
Saya perlu kerja cita-cita saya sampai dapat.
Saya juga ingin berbakti kepada ibubapa saya, keluarga, kawan2 dan semua orang.

WOW..!!!
X sangka ayat ini sangat memberi erti kepada aku.
Aku harus sematkan kata-kata ini ke dalam hati aku.
Yes!, aku perlu sematkan.
Aku juga perlu ada cita-cita untuk saya berjaya suatu hari nanti...
Amin...
:)

Tuesday, August 16, 2011

IID (INVENTIONS, INNOVATIONS & DESIGNS)





IID..???
Pe tue IID??.. Smua t'tny2 pe tue IID..??
Meh cnie eden citer..cecite cecite..hehehe..
IID stand form INVENTIONS, INNOVATIONS & DESIGNS..
Pe lh agknye ke bende tue kn kn kn??
dekt snie, dkt mne tue..
Dekat UiTM JOHOR ade wat pertandingan Inventions, Innovation and Design (2011).

title: PERTANDINGAN INVENTIONS, INNOVATIONS & DESIGNS (IID) JOHOR 2011
date: 17/8 - 18/8/2011
place: Dewan Sri Temenggong (DST), UiTM Johor

Objektif IID nie adalah :
  • Menggalakkan budaya inovasi dan kreatif di kalangan staf dan pelajar IPT dan sekolah
  • Mengenengahkan penemuan R&D dan rekacipta yang baru dalam bidang ICT, sains sosial, pengurusan dan perniagaan.
  • Menjana rekabentuk dan ciptaan yang dapat dikormesilkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kategori - kategori yg dipertandingkan adalah :
  • Kategori A : INVENTION (rekaan baru yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini. Termasuk komposisi, peralatan atau proses)
  • Kategori B : INNOVATION (produk (barangan atau perkhidmatan) atau proses yang baru atau yang ditambahbaik, atau, pengenalan kaedah pemasaran yang baru atau kaedah organisasi baru dalam amalan perniagaan, organisasi tempat kerja atau hubungan luar)
  • Kategori C : DESIGN (Rekabentuk, Hasil Visual, Artwork, dsb yang baru)

So, group aq di tugaskan masuk competition nie. Kalah menang adat pertandingan. Tp klu bleh aku nk mng.. Insya-Allah.. amin... Kami masuk KATEGORI A iaitu kena wat system yg msih lom siap, tp hnya logical dr pandgn mata kita. Kami juga diminta buat bunting utk setiap booth kami. So aku n the geng wat lah bunting tue.. Bpe byk kali kena reject, tp yg penatnye aku kena wat tue.. Bukan ape, bkn sng den nk mengedit poster tue.. Meh cnie tgk bunting2 yg aku pernh wat.. Aku pown xtaw lawa atau tdk..??


* nie poster 1st aq wat. kena reject coz logo..terima je lh kritikn..huhu..


*2nd kena reject coz tulisan.. mse nie dh pening, lecturer aku En Kamal nk yg mcm mne...???


*3rd baru diterima...berpuas aty saya bile diterima...

tue pasal bunting a.k.a poster.. kami jugak diminta wat tempalate or borchures tuk juri n spe2 yg dtg booth kami.. nie rupa template yg t'hasil dr idea2 group sye n m'edit adelh aku...

* template page luar


*template page dalam


concept aku n the geng hny wat simple tp byk input yg ada. So hari ini, 17/08/2011 b'serah kpd Allah semoga b'jln dgn lncr..amin...

thanks to lecturer ITS323 aku, EN AHMAD KAMALRULZAMAN BIN OTHMAN kerna bg kami peluang join competition nie utk dpt penglamn.. Kami akn buat yg t'baek...








Saturday, August 13, 2011

Alhamdulillah...

bersyukur kpd Allah kerana akhirnye dpt jugk laptop biru kesygn saya sekian 2 bulan tdk dpt bersama saya...laptop ku harap kamu sihat k..jgn sakit lg...if kamu sakit, saya pown sakit jugak..
kamu tahu betapa rindunye aku pd kamuu...

jgn sakit lg k..amin..

Tuesday, May 10, 2011

Bile aku mula minat TVXQ..???

Aku xtaw sejak bile aku minat 1 kumpulan korea nie...
Maybe lepas aku tengok diorg nyanyi..
Tp mmg aku nk ckp lah diorg nie encem sgt2..
Cair aku tgk diorg...
Kumpulan yg aku maksudkn tue TVXQ..!!!!
Nie bukan b'mkna aku lupe 1 kumpulan yg aku minat tue...
Aku xlupekn mereka...

Jom kite tgk pic2 diorg...












Saturday, April 16, 2011

i miss u.. :o(


skrg nie hati aku b'kate2 yg aku merindui seseorg...
tp spe seseorg tue...??
hanye aku saje yg taw..
aku x dpt mnahan rindu aku nie...
tp pe guna nya klu aku sorg aje yg rindu die..
kdg2 tiada gunanye...
buat hati aku parah ada lah...
jika dia brada dihdpn aku skrg, aku mahu beritahu kpdnya
"AKU SANGAT MERINDUINYA...!!"
tp apakan daya aku tdk mampu utk b'jumpa dgnnya..
dia skrg di daerah laen..
aku pula di daerah laen...
walaupun keadaan disini sangat nyaman & indah utk menenangkn hati yg sdg lara nie,
tp suasana t'sbut tdk dpt untuk membantu atau mengubat hati aku yang sedang sakit...
ubatnye hanya pdnya...
wahai insan yg aku rindui,
engkau dgrlah isi hati ku ini,
bhawa aku sangat merindui kamu...
engkau tdk m'beri bls maklum mengenai dirimu...
smpaikan aku t'tnya-tanya,
adakah engkau sdah melupakan aku??
sedihnya hati aku ini..
Ya Allah, adakah hambamu ini tidak layak untuk merindui seseorg??
adkah dia bukan insan yg menjadi teman hidup ku??
Hah, penat sekali bila aku memikirkn blik perasaan rindu ini..
membuat hati aku sangat sakit adalah...
aku berharap dia dpt mendgr isi hati aku,
yg aku sangat merinduinya...

Monday, March 21, 2011

HeADer HeaDeR hEaDeR.. ^_^

Dari pukul 2.00 ptg td smpai pukul 3.00 ptg,
aq mngisi mse lapang aq dgn m' edit header aq yg baru...
Aq x taw lawa ke x??
Dah lme nk wat tp bru ary nie aq wat..
Specialnye header aq wat nie,
aq ltk mse2 atau waktu2 yg aq rsekn
aq mlakukn sesuatu sgt best @ kngn yg indah bagiku
smpai ke ary nie...
So, kmu smua leh tgk hasilnye Header t'baru aq...
Lawa x??

p/s: Klu x lawa diam, klu lawa comment...

hihihi.. ^_^

Friday, March 11, 2011

`De Tour To Langkawi...

Tanggal 18/2/2011 - 20/2/2011...
knp dgn tarikh tue eik??
date tue aq ke Langkawi...jauhnye aq p..
haha...
pkul 10 ktwg dmnt b'kmpul di DSB, UiTM Johor..
coz tggu bas...
kmi x sdar bas yg kmi tggu tue de dpn kmi sbnrnye...
igtkn naek bas UiTM tp bus p'siaran..
xpelh..jnj aq dpt g Langkawi sdah...
jam 10.45 mlm kmi brtolk ke Peris..
eh eh slap plak..bkn Peris tp Perlis...
"dtg utara lg..mai cnie dpt...byk brg murh..."
spjg perjlnn tue, aq egt nk tdo tp org blakang aq tue bising btol..
x abis2 ngn Kak Limah die...
"kite bako die..kita bako..!!"
nk taw spe? die adelh adek aq yg klakor2 sgt..
zharief org nye...


nielah orgnye...
zharief dgn "kita bako je..!"

nie bru sorg..ade lg lima... meh cnie tgk pic nye...x yah byk ckp...


alamak tertiggl sorg lg...


lg sorg yg pakai tdung putih tue..comel x?? nmenye sofia...huhu..

ok tue psl diowg...skang citer wat pe aq g Langkawi.. 3 tmpt aq g iaitu
1. Kilang Sabun, Perlis.
2. Kilang Coklat, Perlis.
3. Kompleks Kraf Tangan.

Korg msti mlz nk bce kan2...I show a pictures I have k.. Let's go..!!






Bawah nie gambo sblom g Langkawi...
Nie dkt Jeti Kuala Perlis...
Aq dah smpai utara 3 kali...
1st skali utara timur, Kelantan dan 2 kali di utara, Perlis...
Dr selatan merantau ke Utara...
Hasrat nk ke Langkawi t'capai jugak akhirnye...
Mmg bestlah... :)


Malam pertama di Jeti Perlis...
Sebelah jeti nie de tmpt mkn mknn laut...
Aq dh pernh mkn kt ctu.. Mmg sodap... Yummy, yummy, yummy...
Klu x caye, cube lh dtg n mkn...
Tp mlm tue aq x mkn mknn laut, aq, Kak Imah, Kak Ziha, Nazrul, Naim n Ori mkn KFC je...
Tp angin dkt jeti pd mlm tue mmg best...
sodap sgt... Angin tiup...
WAhhh..., nk melayang....!!
hihi... :)


Lepas dh jln2 dekat jeti tue...
Kami smua gerak blik ke hostel yg x bpe nk bestlah...
Tp yg bestnye, sebelah hostel tue de kdai mkn + karoake...
Sape2 yg b'minat nk melalak di p'silakn...
xde yg larang pown... keluarkn sore2 yg enak tue, jgn d'smpan... hehe...
Jom Nyanyi...!!!
Tp aq x g nyanyi pown...
xde kyakinan lg nk nyanyi dpn org ramai... hehe... :)
Penyanyi jemputan mlm tue ialah Kak Imah, Kak Ziha n Nazrul...
mmg t'beklah diowg nyanyi...
Mmg kasi pecah tue kdai lah... haha.. :)



Yg lain nie just gambo tuk tgk je.... Cuci2 mata jek... hehe.. :)






A journey go Langkawi n Perlis mmg memori xkn ku lupakan...
Mmg best sgt2...
Mmg berbaloi aq dpt g Langkawi....

p/s: kpd pembaca2 blog sye selamat menjamu selera... haha... :)