Sunday, May 23, 2010

Terjawab Juga Akhirnye....

Seperti biasa dalam dunia hiburan ni sering bertukar-tukar rancangan realiti. Berlambak sudah rancangan realiti, dan macam-macam rancangan realiti ni. Ada yang buat rancangan realiti masak-masak, berlakon, pengacara dan macam-macam lagi. Kini yang terbaru sedang berlangsung iaitu Mentor.

MENTOR

Kini satu program yang kini sudah melabur tirainya iaitu Akademi Fantasia 8 pada sabtu yang lalu iaitu 22 Mei 2010.Tapi kenapa pada hari itu konsertnya tidak GEMPAK seperti musim-musim lepas?? Nampak macam biasa sahaja. Tapi sekarang aku tak nak cerita macam mane persembahan itu berlangsung atau keadaannya..


AKADEMI FANTASIA

Terjawab juga akhirnye....

Akhirnya terjawab jugak siapa juara Akademi Fantasia 8. Tahniah Shahir. Anda yang kedua pecah rekod seperti Mawi yang diundi masuk. Seperti kita tahu Shahir nyanyi lagu Biru Mata Hitamku dan lagu singlenya ialah Kebahagaian Dalam Perpisahan. Lagunye boleh tahanlah sedapnya. Dengar cerita orangnya suka mengaji dan beragama. Alhamdulillah.... Paras rupa ada dan bertambah lagi dengan ilmu agama. Beruntungnya siapa yang dapat Shahir ni.


Shahir AF8

Dan kenapa Adira tak Juara? Dia bagus apa. Maybe bukan rezeki Adira untuk bergelar Juara. Tak pe lah Adira kamu tak Juara tapi kamu Naib Juara.. Adira bawa lagu Tiru Macam Saya dan lagu single baru dia Ku Ada Kamu. Masa Adira buat persembahan Adlin Aman Ramlie kata “Inilah persembahan seorang Juara.” Tapi apakan daya Adira hanya meraih tempat ke-2. Adira ni ada kakak yang sama-sama dapat masuk Akademi Fantasia 8 iaitu Ema. Tapi bukan rezeki Ema untuk sampai ke konsert final. Hanya bertahan sampai minggu ke-3.

Adira AF8

Ok sekarang kite bercerita pemenang tempat ke-3. Tempat ketiga seperti kita tahu Daus dapat. Daus comey.. Huhuhu. Aksi Daus masa buat persembahan memang sangat comey. Tapi Daus hanya dapat meraih tempat ketiga sahaja. Tak pe lah Daus if u tak menang dalam ni, maybe diluar u popular suatu hari nanti. Daus bawa lagu Yusry iaitu Doktor Pakar Cinta dan lagu singlenya Kenapa? Wow memang sangat best. Lagunya agak lucu macam Daus. Hihihi... setiap persembahan yang dilakukan pasti ada aksi yang peminat atau penonton akan ingat.dia nie suka buat satu aksi iaitu lompat katak. Kelakarkan dan lucu.. Hihihi....

Daus AF8

Maulana tempat ke-4.. Kenapa ramai tak suka Maulana. Geram aku bila orang-orang ni kutuk Maulana. Tapi apapun Maulana tetap best. Trademark dia “CANTEK”. Hidup orang Johor. Huhuhu.. Masa persembahan, Maulana bawa lagu Susun Silang Kata dan lagu singlenya RSVP. Maulana ni suka lagu kearah JAZZ. Apa-apa lagu yang dia bawa semua dia ubah jadi jazz. Itulah kelebihan dia satu-satunya. Sampaikan Adlin Aman Ramlie cakap dengan Maulana mungkin itulah yang “awak minat selain jenis lagu lain.”

Maulana AF8

Tempat ke-5 adalah Iwan.. Ramai terkejut bila Iwan hanya meraih tempat ke-5. Apa boleh buat iyulah rezeki untuk Iwan. Apa-apa pun tahniah buat Iwan kerana Berjaya sampai ke final. Iwan bawa lagu kumpulan Spider iaitu Relaku Pujuk dan macam yang lain mempunyai lagu single sendiri. Macam Iwan lagu singlenya bertajuk V.I.P. Lagu dia jenis pop rock dan rancak. Persembahan untuk final ni, Iwan potong rambut. Comeynya. Lagi nampak hensem. Iwan ni tua setahun dengan aku dan orang Seremban.

Iwan AF8

Cam biasa selepas habis konsert tu, artis yang buat persembahan ialah bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia 8 yang sudah tersingkir. Selepas tu, bekas pelajar Akademi Fantasia 7 iaitu Akim, Hafiz dan Hou Ren dengan lagu baru tema untuk Brand’s iaitu HEBAT.


Akim, Hafiz, Hou Ren dan yang tidak turut sama buat persembahan itu Aril.




Saturday, May 22, 2010

GERAMNYE..!!!!!!!!!!

Nape orang tak faham aku..WHY?!!!!!!!!!!! Pastu diorang ingat aku marah nie main-main ker... Aku marah betul-betul taw...Iskh kenapa orang tak nak tengok aku senang?!! Asyik nak wat aku marah jer.. Pastue ada ker patut suruh aku back-up pasal benda-benda yang agak tut....... Malas aku nak cakap....Wat aku kusut jerk... Sedangkan kawan yang aq ku anggap baek pon ingat aku marah main-main... Eh, cubalah faham kalau aku cakap aku tengah MARAH.!!!! Si ERY tue yang ko tue asyik nak mengejek aku tue da kenape? Ape salah aku sengal?!! Ape aku dah buat dengan ko hah?!! TAK FAHAM aku dengan ko nie... ERY nie aku nak ceritakan..siapa dye? Dye nie senior pengawas aku masa sekolah dulu.. Dulu bukan main baek sangat dye nie.. Dulu sekolah pakai songkok.. Taw ape tue songkok?


Ni lah songkok yang aku cakapkan bagi sesapa yang x taw..

Si Ery ni dulu pakai songkok.. Ingatkan dye nie baek sangat.. Tapi terlalu baek sangat-sangat.. Menyampah aku..!!!! Sekarang rambut dah berkaler-kaler.. Hah, cakap jer nak warna ape?! Biru, hijau, coklat or ape-ape jer... Semua ade... Jangan risau.. Da cam kedai salon da... Geramlah bile pikir-pikir balik pasal die..