Assalamualaikum..
Perasaan suka, sayang, cinta dan semuanya lahir kerana
Allah.
Kadang-kadang ianya boleh membawa kita lalai melayan
perasaan itu. Sampai kehidupan seharian kita semuanya serba tak kena. Semuanya kerana
apa, kerana kita terlalu asyik melayan perasaan. Kita lupa tanggungjawab kita
kepada sepatutnya kita lakukan.
Sepatutnya perasaan sayang harus diutamakan kepada ibubapa,
Rasulullah, Allah dan bagi yang sudah berkahwin iaitu sayang kepada suami atau
isteri.
Kasih sayang kepada ibu bapa memang tidak boleh kita bayar
dengan nilai. Kerana mereka telah menjaga kita semenjak kita lahir hingga
sekarang. Lagi-lagi anak perempuan. Dosa pahala masih ditanggung oleh ayahnya
selagi dia tidak berkahwin. Mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Kita
sakit mereka jaga. Tapi sekarang apabila kita sudah meningkat remaja, dewasa
dan sebagainya, kenapa melupakan kasih sayang kepada ibu dan ayah. Ibu ayah
tidak sanggup memukul kita atau mereka pukul kita juga ada sebab. Sebab mereka
mengajar kita supaya nanti apabila di tempat orang kita tahu menjaga tingkah
laku kita.
Cuba kita bayangkan, kita baru lepas SPM, dapat tawaran belajar.
Dapat duduk di kolej. Kita berkongsi bilik dengan orang lain. Jika tidak
bernasib baik mungkin kita akan sebilik dengan orang yang tidak tahu menjaga
kebersihan diri. Bilik kita akan Nampak kotornya. Lepas tu cuba bayangkan ada
orang lain datang tengok bilik kita. Masya-Allah tak terperanjat orang tu. Mesti
lepas keluar dari bilik kita mereka akan berkata,”si A ni tak reti nak kemas
bilik dia ke? Bela tikus agaknya. Geli seh aku..ee..!!”
Hah nak ke korang macam tu, begitu juga bila kita sewa
rumah. Tak kira dimana kita berada kita akan tahu menjaga kebersihan, memasak
dan sebagainya. Ada guna ibu bapa kita marah sekarang dan juga menyuruh kita
lakukan perkara yang mereka ajarkan. Dari situ ibu ayah kita sudah mendidik
menjaga kebersihan, memasak dan sebagainya.
“Jangan hanya tahu melawa sahaja, tapi satu apa kau tak
tahu.” Itulah ayat ibu dan ayah aku
berikan. Walaupun mereka suka membebel, tapi bebelan itu sangat bernilai. Mengajar
aku supaya tahu membuat sesuatu perkara tanpa meminta pertolongan selagi kita
mampu.
Sekian… ^_^
x